Misi, Visi dan Objektif

Misi

  • Menyumbang terhadap penjagaan dan rawatan kesihatan sebagai sebuah hospital pakar berteraskan Islam
  • Memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan dengan caj yang berpatutan.
  • Merealisasikan sikap bertanggungjawab dan amanah kepada setiap warga Al-ISLAM sebagai tempat beribadah kepada Allah s.w.t
  • Menyumbang kepada masyarakat kepada aktiviti da'wah yang menyeluruh, khususnya dalam pendidikan kesihatan supaya dapat membantu masyrakat menjadi masyarakat yang lebih sihat dan seimbang.

 Visi

  • Menjadi hospital pakar yang unggul dengan Perkhidmatan yang Cemerlang, Profesional dan Ehsan dalam usaha merealisasikan Da'wah Bil-Hal

 Objektif

  • Memberikan perkhidmatan kepakaran perubatan kepada semua golongan masyarakat dengan kadar yang berpatutan.
  • Menggabungkan tenaga untuk memberi rawatan kepakaran sebaik mungkin secara menyeluruh
  • Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikologi, mental dan rohani.
  • Memberi perkhidmatan perundingan kepada pesakit serta keluarga.

K.K.L.I.U 1045/2015