Rumah Tamu / Lodge

 
Al-Islam Lodge / Rumah Tamu Al-Islam merupakan satu lagi kemudahan yang disediakan sebagai satu alternatif penginapan untuk keluarga pesakit.  Ia berkonsepkan 'homestay' lengkap dengan perabot dan peralatan rumah.  Waris pesakit dari dalam mahupun luar negeri boleh menginap di sini dengan kadar yang berpatutan kerana ianya terletak berhampiran bangunan utama Hospital Pakar Al-Islam
 

Kemudahan yang disediakan seperti Sofa, televisyen, barangan dapur seperti set pinggan mangkuk, dapur gas, pembakar roti, peti ais, periuk nasi dan juga cerek elektrik. Di bahagian bilik pula tersedia almari pakaian, meja solek dan katil yang dilengkapi dengan penyaman udara di setiap bilik.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Unit Korporat Hospital Pakar Al-Islam di talian 03-2693 1007 samb. 212/213.  Pertanyaan juga boleh dibuat melaluii email.

K.K.L.I.U 1045/2015