Hospital Mesra Ibadah (HMI)                     

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nila-nilai kecemerlangan dan jati diri pada warga kerja Al-Islam serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.

Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Pihak pengurusan memberikan komitmen yang tinggi dalam mewujudkan kesedaran tersebut dan secara aktif bagi memudahkan pesakit beribadah.

   

Sebagai hospital yang menjunjung nilai-nilai Islam, pihak pengurusan menyediakan pegawai-pegawai agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pesakit. Mereka akan menziarahi pesakit secara rutin setiap hari bagi membantu pesakit menunaikan ibadah dan memberi latihan serta tunjuk ajar kepada wargakerja Al-Islam agar turut sama membantu pesakit.

Selain itu kemudahan asas untuk menunaikan ibadah seperti arah kiblat, telekung, sejadah, penyembur air serta debu tayamum turut disediakan.

 

Pesakit di Al-Islam akan dibantu dan dibimbing oleh seorang ustaz bagi pesakit lelaki dan seorang ustazah bagi pesakit perempuan untuk mengerjakan ibadah semasa dalam keadaan sakit selaras dengan konsep Hospital Pakar Al-Islam iaitu Hospital Mesra Ibadah (HMI)

 

 K.K.L.I.U 1045/2015