header image
 
AL-ISLAM SPECIALIST HOSPITAL

 Al-Islam Specialist Hospital

'Al-Islam Specialist Hospital' ataupun dulu dikenali dengan nama  Pusat Perubatan Kampong Baru  (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikologi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar.

Melalui agensi ekonomi ABIM, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Biro Kesihatan ABIM bersama beberapa orang doktor pakar yang lain. KBMC telah mula beroperasi sejak September 1996.

Dengan lokasi yang strategik, berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru dan terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, KBMC dibina dengan harapan sebagai satu tuntutan fardu kifayah disamping menggabungkan aspek ekonomi dan dakwah.

Bermula tahun 2006 KBMC telah menyambut sambutan 10 tahun dan pada masa itu juga KBMC telah mempromosikan satu konsep pusat perubatan yang mesra ibadah iaitu "Hospital Mesra Ibadah".Sejajar dengan misi kami, di mana kami membantu pesakit muslim dalam melakukan ibadah seharian. Kami cuba sebaik boleh untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cemerlang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami kepada pesakit.

Kini KBMC telah bergelar Al-Islam Specialist Hospital atau Hospital Pakar Al-Islam dimana KBMC telah diberi penjenamaan semula pada 24 Ogos 2008 di Hotel Regency Kuala Lumpur. Majlis Penjenamaan semula tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 

alislam sign al islam sign show alislam plate fix alislam bunting

'Al-Islam Specialist Hospital' mempunyai kapasiti katil sebanyak 65 buah buat masa sekarang dan mempunyai kemudahan seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan 24 jam dan klinik perubatan am. Perkhidmatan utama KBMC adalah khidmat rundingan perubatan seperti Gastroenterologi(Pakar Usus), Rheumatologi(Pakar Sendi), Dermatologi(pakar Kulit), O&G(Pakar Sakit Puan) termasuk infertaliti, Pembedahan Am (Laparoscopy/Plastic/Urology) , Orthopedik(tulang), ENT(pakar telinga hidung & tekak), Oftalmologi(pakar mata) dan Paediatrik(pakar kanak-kanak).

Waktu Operasi klinik pakar kami adalah dari Isnin hingga Ahad kecuali Jumaat Petang.
Write Comment (0 comments)
Visi & Misi Al-Islam Specialist Hospital

VISI

Menjadi hospital pakar yang unggul dengan perkhidmatan yang cemerlang, professional dan ehsan dalam usaha merealisasikan Da’wah bil-hal.

MISI

  • Menyumbang terhadap penjagaan dan rawatan kesihatan sebagai sebuah hospital pakar berteraskan Islam.
  • Memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan dengan caj yang berpatutan.
  • Merealisasikan sikap bertanggungjawab dan amanah kepada setiap warga AL-ISLAM untuk menjadikan AL-ISLAM sebagai tempat beribadah kepada Allah s.w.t
  • Menyumbang kepada masyarakat kepada aktiviti da'wah yang menyeluruh, khususnya dalam pendidikan kesihatan supaya dapat membantu masyarakat menjadi masyarakat yang lebih sihat dan seimbang.

OBJEKTIF

  • Memberi Perkhidmatan kepakaran perubatan kepada semua golongan masyarakat dengan kadar yang berpatutan.
  • Menggabungkan tenaga untuk memberi rawatan kepakaran sebaik mungkin secara menyeluruh.
  • Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, mental dan spiritual.
  • Memberi perkhidmatan perundingan kepada pesakit serta keluarga untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Write Comment (0 comments)
Paparan terbaik adalah dalam Internet explorer 8 atau Mozila Firefox
Informasi
Bermula 1 Jun 2009 Al-Islam Specialist Hospital telah memulakan operasi bagi Klinik Pesakit Luar  di bangunan baru yang dikenali sebagai 'Out-Patient Centre". Walaubagaimanapun, Bangunan asal akan kekal beroperasi sebagai bangunan Inpatient . Sekian, harap maklum. 
Al-Islam Specialist Hospital telah menambah perkhidmatan baru iaitu Al-Islam lodge, Kadar sewa adalam RM 150/malam, semua tertakluk kapada terma dan syarat.
Maklumat Terkini
Who's Online
We have 8 guests online