header image
 
Home arrow Artikel Nota Perubatan arrow O&G arrow Keguguran Berulang
Keguguran Berulang PDF Print E-mail

KEGUGURAN BERULANG

Salah satu ancaman sepanjang tempoh kehamilan.

Keguguran  didefinisikan sebagai kegagalan kehamilan yang telah terbentuk sebelum 28 minggu kehamilan.

Keguguran boleh berlaku jika tumbesaran janin atau tisu-tisu gamet yang bercantum tidak terbentuk dengan sempurna.

Dari seluruh kehamilan, kejadian keguguran sebanyak sekali dapat dialami oleh sekitar 15-20 peratus wanita

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN:

Keguguran selalunya disebabkan oleh

a) Penyakit-penyakit seperti SLE,  Masalah auto imun. 

    antifosfofolipid (5 peratus)

b)  Pintu rahim yang tidak kuat , servik longgar,

c) Struktur rahim yang abnormal –kejadian rahim

d) kelainan pada rahim – fibroid dsb 11 peratus)

e) Kecacatan dari segi genetic ibu

f) Kecacatan kromosom atau genetik (15 peratus)

g) Jangkitan kuman pada organ pelvik akibat dari STD ( jangkitan

   penyakit seksual e.g.sifilis atau torches) (1-4 peratus)

h) Masalah ketidakseimbangan hormon yang dikaitkan dengan 

    corpus luteum

. Masih belum diketahui (50 peratus)

Keguguran spontan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

" Keguguran terancam atau ancaman keguguran (Threatened 

   Abortion-TA)

" Keguguran yang tidak dapat dielakkan (Inevitable Abortion-IEA)

" Keguguran tidak lengkap (Incomplete Abortion-ICA)

" Keguguran Mengakibat jangkitan (Septic Abortion-SA)

" Keguguran lengkap (Complete Abortion-CA)

" Keguguran terlepas diagnosa (Missed Abortion-MA)

" Keguguran berulang (Recurrent Abortion-RA)

SIMPTOM-SIMPTOM KEGUGURAN

Biasa

- Sakit perut yang teruk

- Kekejangan yang berterusan

- Pendarahan yang teruk

- Sakit belakang

jika berkaitan dengan jangkitan kuman

- Keputihan atau pendarahan yang berbau busuk

- Demam yang teruk

- Menggigil

Sekiranya keadaan bertambah serius, pesakit boleh mengalami renjatan seperti :

- Tekanan darah dan suhu badan rendah

- Masalah pernafasan

- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada langsung

Bagaimanapun, gejalanya selalunya tidak teruk ;

- Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan berwarna 

   coklat yang sedikit sahaja tetapi berterusan.

Diagnosa -  dibuat melalui pemeriksaan umum dan ultrasound.

Wanita yang disahkan mengalami ‘missed abortion’ dinasihatkan

   megeluarkan konsepsi itu bagi mengelakkan jangkitan kuman.

- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan 

   melalui Dilatation & Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor   

    bertauliah.

- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk

   mengeluarkan produk konsepsi terlebih dahulu dengan kemudian   

   D & C jika perlu.

Untuk mengetahui penyebabnya secara lebih pasti maka dokter haruslah melakukan beberapa pemeriksaan berkaitan secara lengkap. Pemeriksaan darah pasangan suami isteri dilakukan untuk mengetahui adanya kelainan kromosom, kadar hormon progesteron serum, kadar antibodi terhadap TORCHES, kadar gula darah. Untuk masaalah jangkitan kuman  ini haruslah dilakukan analisis yang lebih mendalam. Untuk mengetahui adanya kuman pada pangkal rahim contoh lendir di ambil dan pemeriksaan samadanya mikroorganisme yang abnormal.

Dengan ultrasonografi (USG) dapat diketahui bentuk dan ukuran rahim, adanya fibroid di dinding rahim atau polip dalam rongga rahim. Jika terdapat kecurigaan adanya sekat pada rahim, dapat digunakan alat bantu lainnya yaitu alat teropong ke dalam rahim (histeroskopi) atau x ray histerosalpingogram.

Untuk memastikan hamil-tidaknya seseorang, ada 2 pemeriksaan yang dilakukan, yaitu pemeriksaan air kencing (urin), dan bila memang positif, dapat tindaklanjutkan dengan pemeriksaan ultrasonografi (USG).

Sekira saat itu anda memang hamil, kemudian terjadi perdarahan, bahkan keluar bahagian dari produk konsepsi  ( dibuktikann melalui pemeriksaan p patologi),

Untuk usaha meningkatkan kesuburan, seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk hentikan merokok, konsumsi alkohol, hindari zat kimia dalam makanan, air dan lingkungan, juga zat pengawet atau zat tambahan pada makanan. Ini perlu dilakukan agar penyerapan vitamin dan mineral yang membolehkan dalam pembentukan sperma dan sel telur sempurna.

Perbanyak makanan rendah lemak dan mengandung kadar serat tinggi, misalnya sayuran berwarna hijau, jeruk, kacang, roti gandum sereal. Usaha lain yang harus lakukan adalah selalu berdoa kepada Tuhan.

Paparan terbaik adalah dalam Internet explorer 8 atau Mozila Firefox
Informasi
Bermula 1 Jun 2009 Al-Islam Specialist Hospital telah memulakan operasi bagi Klinik Pesakit Luar  di bangunan baru yang dikenali sebagai 'Out-Patient Centre". Walaubagaimanapun, Bangunan asal akan kekal beroperasi sebagai bangunan Inpatient . Sekian, harap maklum. 
Al-Islam Specialist Hospital telah menambah perkhidmatan baru iaitu Al-Islam lodge, Kadar sewa adalam RM 150/malam, semua tertakluk kapada terma dan syarat.