1. Apakah falsafah di sebalik penubuhan Al-Islam Specialist Hospital (Al-Islam)?
Menjadi hospital pakar yang UNGGUL dengan perkhidmatan yang cemerlang, profesional dan IHSAN dalam usaha merealisasikan ‘DA’WAH BIL HAL’
2. Adakah Al-Islam sebuah klinik biasa?
Al-Islam ialah sebuah hospital pakar Islam yang menawarkan kepakaran-kepakaran seperti mana-mana hospital pakar yang lain.
3. Apakah kepakaran-kepakaran yang ada di Al-Islam?
Di Al-Islam, kami mempunyai seramai 11 orang pakar sepenuh masa dari pelbagai bidang perubatan seperti Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pakar Perubatan (Gastroenterologi), Pakar Perubatan (Rheumatologi), Pakar Kanak-Kanak, Pakar Anestesia (Bius), Pakar ENT (Telinga, hidung dan tekak), Pakar Ortopedik dan Kecederaan Sukan dan Pakar Bedah Am. Di samping itu, Al-Islam juga mempunyai beberapa orang Pakar Pelawat yang akan dipanggil secara temujanji, antaranya ialah Pakar Perubatan (Dermatologi – Kulit), Pakar Pembedahan Plastik, Pakar Kardiologi (Jantung), Pakar Radiologi dan Pakar Perbidanan Sakit Puan (Kesuburan). Al-Islam juga menyediakan 3 orang Pegawai Perubatan bagi urusan pesakit-pesakit biasa.
3. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan lain yang di sediakan oleh Al-Islam?
Al-Islam mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan bagi keselesaan pelanggan kami antaranya Ahli Farmasi, Pakar Perundingan Pemakanan (Dietitian) dan juga Ahli Jurupulih Anggota (Fisioterapi). Bagi pengetahuan semua, Al-Islam juga mempunyai sebuah Klinik Pergigian yang di jalankan oleh seorang Pegawai Pergigian. Kami juga mempunyai Pegawai Hal Ehwal Agama yang akan memberikan nasihat serta panduan bagi “pesakit-pesakit dalam” (in-patient) agar mereka dapat berbincang serta bersoal-jawap dalam masalah keagamaan seperti masalah menunaikan solat di dalam wad agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim meskipun sedang di uji oleh Allah S.W.T. dengan kesakitan.
4. Apakah aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh Al-Islam?
Walaupun Al-Islam merupakan sebuah hospital pakar swasta, tetapi Al-Islam tetap merasakan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi kesihatan masyarakat. Oleh yang demikian, antara aktiviti masyarakat yang sering di buat oleh Al-Islam adalah:
-
- Sesi Ceramah Kesihatan Berkala di Al-Islam mahupun di luar
- Sesi Pemeriksaan Kesihatan Percuma di lokasi yang terpilih
- Tazkirah mingguan di Al-Islam (setiap Sabtu)
- Rumah Terbuka Aidilfitri setiap tahun
5. Sekiranya pihak syarikat berminat untuk menjemput Pakar dari Al-Islam untuk tujuan memberi ceramah kesihatan serta bagi menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan di syarikat terbabit, bagaimanakah proses yang harus di lakukan?
Kepada pihak yang berminat, bolehlah menghubungi bahagian Pembangunan Perniagaan, En. Kamarulzaman Abd Karim atau Pn. Roslina Ibrahim di talian 03-2693 1007 atau hantarkan surat permohonan ke Pengarah, Al-Islam Specialist Hospital, No 85, Jalan Raja Abdullah. 50300 Kuala Lumpur.
6. Sekiranya terdapat syarikat yang ingin menjadikan Al-Islam sebagai hospital panel, apakah kriteria-kriteria yang diambil kira, dan bagaimanakah prosedurnya?
Latar belakang syarikat adalah elemen paling utama dalam proses penerimaan sesuatu syarikat sebagai panel, selain penilaian terhadap aliran tunai syarikat tersebut dan kemampuan untuk membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar satu surat rasmi untuk melantik Al-Islam sebagai panel dan pihak Al-Islam akan memberikan borang permohonan untuk dilengkapkan.
7) Bagaimana Urusan Kemasukan Ke wad?
Pesakit / Waris perlu berjumpa dengan pegawai perkhidmatan pelanggan (Kemasukan wad) untuk urusan berkenaan.
Pesakit akan dijelaskan mengenai :-
- Deposit
- Penempatan Katil/Bilik.
- Keperluan yang perlu dibawa.
8) Bagaimana hendak mendapatkan bilik perseorangan (Singgle Room)?
Pesakit atau Waris perlu mendaftarkan diri pada hari kemasukan ke wad. Untuk masuk ke bilik tersebut bergantung kepada kekosongan. Sekiranya penuh, pesakit perlu dimasukkan ke wad yang lain, atau perlu menunggu sehingga ada kekosongan sekiranya penyakit yang dihidapi boleh menunggu waktu yang bersesuaian