header image
Banner
Home arrow Kemudahan arrow diet
Unit Dietetik

Unit Dietetik

  • Memberi khidmat kaunseling diet kepada pesakit yang memerlukan terutama pesakit yang dirujuk oleh doktor samada sebagai pesakit luar atau dalam wad serta memantau aspek pemakanan mereka dari masa ke semasa.
  • Menyampaikan ceramah pemakanan kepada orang awam dan pesakit di AL-ISLAM. Terlibat di dalam kelas antenatal anjuran AL-ISLAM untuk menyampaikan ceramah pemakanan kepada ibu hamil. Turut menjadi tenaga pengajar bagi kelas kejururawatan di AL-ISLAM apabila perlu.
  • Menyediakan bahan bacaan berkaitan pemakanan untuk rujukan pesakit.

DISKRIPSI:

  • Memberi nasihat kepada pesakit, kumpulan-kumpulan dan komuniti berkenaan keperluan pemakanan mereka untuk mengekalkan kesihatan yang baik di samping menguruskan perkhidmatan makanan dan masalah pemakanan.

KLINIKAL

  • Menilai status pemakanan pesakit
  • Memberi kaunseling kepada pesakit berkenaan gaya hidup dan tabiat makan yang bersesuaian kaunseling individu dan kumpulan)
  • Membuat saranan pemakanan termasuk merancang menu yang sesuai bagi diet normal atau teraputik (terapi diet)

Kaunseling diet :

  • Mendapatkan maklumat pemakanan seperti sejarah pemgambilan makanan, menilai keperluan pemakanan dan merekod pengambilan diet.
  • Membantu dan memberi nasihat pemakanan berdasarkan keperluan.
  • Merancang diet teraputik seperti diet untuk penurunan berat badan, diabetes, hipertensi, masalah kolesterol, penyakit buah pinggang, kanser, pemakanan enteral dan parenteral dan lain-lain lagi.
  • Membuat penilaian semula ke atas pengambilan pemakanan berdasarkan kaunseling diet pada lawatan susulan.

Item Title Hits
Unit Dietetik 268
Paparan terbaik adalah dalam Internet explorer 8 atau Mozila Firefox
Informasi
Bermula 1 Jun 2009 Al-Islam Specialist Hospital telah memulakan operasi bagi Klinik Pesakit Luar  di bangunan baru yang dikenali sebagai 'Out-Patient Centre". Walaubagaimanapun, Bangunan asal akan kekal beroperasi sebagai bangunan Inpatient . Sekian, harap maklum. 
Al-Islam Specialist Hospital telah menambah perkhidmatan baru iaitu Al-Islam lodge, Kadar sewa adalam RM 150/malam, semua tertakluk kapada terma dan syarat.